Thursday, 20 February 2014

SELAMAT DATANG
Blog ini diwujudkan secara umumnya untuk perkongsian ilmu. Bagi  pelajar yang 
mengunjungi blog ini diharapkan dapat mengambil manfaat sebaik mungkin 
seterusnya  dapat mengembangkan potensi diri 
ke arah kecemerlangan.
Insya Allah
---------------------------------------------
KU MERINDUI DIRIMU YA RASULULLAH



Saturday, 14 December 2013

Tip Belajar Sejarah

SUSAH NAK INGAT! PAYAH NAK FAHAM! BOSAN! Itulah stigma / pandangan yang selalu bermain di kepala pelajar bila belajar sejarah.  Tidak kurang, ada pelajar yang mengambil subjek Sejarah kerana terpaksa. Tidak ada pilihan lain! Nak tak nak, kena juga mengadap buku sejarah. Bila dah terpaksa, keseronokan belajar pun hilang. Akhirnya, semua benda pun tak jadi.

Apa kata kalau anda cuba praktikkan amalan berikut untuk memahami sesuatu topik sejarah dengan lebih mudah. Mula-mula mungkin agak sukar, tetapi kalau dah dijadikan amalan tentu segalanya lebih senang. Belajar sejarah bukan lagi menjadi suatu masalah atau bosan.

Tip senang faham & senang ingat: 5W1H
Semasa membaca tentang sesuatu tajuk, cuba senaraikan 5W1H dan catatkan jawapan kepada setiap soalan berikut. [Catatan tidak perlu terlalu panjang, asalkan anda sudah boleh memahami keseluruhan peristiwa tersebut].

KAEDAH MEMAHAMI DAN MENGINGATI FAKTA SEJARAH (5W1H)

WHO:
 Siapa (Siapa yang terlibat dalam peristiwa tersebut?)
WHAT:
 Apa (Apa yang berlaku? )
WHY : 
Mengapa (Mengapa peristiwa itu berlaku?)
WHEN
Bila (Bila perkara itu berlaku?)
WHERE:
 Dimana (Dimana perkara itu berlaku?)
HOW : 
Bagaimana (Bagaimana peristiwa itu berlaku?)

Peta Dunia II



Peta Dunia I