SUSAH NAK INGAT! PAYAH NAK FAHAM! BOSAN! Itulah stigma /
pandangan yang selalu bermain di kepala pelajar bila belajar
sejarah. Tidak kurang, ada pelajar yang mengambil subjek Sejarah
kerana terpaksa. Tidak ada pilihan lain! Nak tak nak, kena juga mengadap buku
sejarah. Bila dah terpaksa, keseronokan belajar pun hilang. Akhirnya, semua
benda pun tak jadi.
Apa kata kalau anda cuba praktikkan amalan berikut untuk
memahami sesuatu topik sejarah dengan lebih mudah. Mula-mula mungkin agak
sukar, tetapi kalau dah dijadikan amalan tentu segalanya lebih senang. Belajar
sejarah bukan lagi menjadi suatu masalah atau bosan.
Tip senang faham & senang ingat: 5W1H
Semasa membaca tentang sesuatu tajuk, cuba senaraikan 5W1H
dan catatkan jawapan kepada setiap soalan berikut. [Catatan tidak perlu terlalu
panjang, asalkan anda sudah boleh memahami keseluruhan peristiwa tersebut].
KAEDAH MEMAHAMI DAN MENGINGATI FAKTA SEJARAH (5W1H)
WHO:
Siapa (Siapa yang terlibat dalam
peristiwa tersebut?)
WHAT:
Apa (Apa yang berlaku? )
WHY :
Mengapa (Mengapa peristiwa itu
berlaku?)
WHEN :
Bila (Bila perkara itu berlaku?)
WHERE:
Dimana
(Dimana perkara itu berlaku?)
HOW :
Bagaimana (Bagaimana peristiwa itu
berlaku?)
No comments:
Post a Comment